PERTANDINGAN KOLAM

PERTANDINGAN KOLAM

                    Pada 26 April 2012 telah mengadakan Pertandingan Kolam sempena Tahun Baru Hindu iaitu tahun Nandana. Sebanyak 5 kumpulan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Program ini bukan sahaja menarik minat pelajar-pelajar India tetapi juga menarik minat pelajar bukan India. 
            Para pelajar menggunakan peluang ini untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan serta mengeratkan hubungan antara ahli Persatuan Bahasa Tamil. Program ini turut memupuk perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. 
                     Para pelajar India menggunakan peluang keemasan ini untuk membuktikan bahawa generasi muda masih mengekalkan tradisi dan amalan kebudayan kaum India.